Thursday, 1 November 2012

Pulau Sembilan

29 September 2012. Pulau Sembilan adalah antara tempat idaman pengail. Aku salah seorang daripada mereka.

Pada mulanya kami bercadang untuk gerak subuh dan naik tengahahri. Aku juga ingin mengambil isteri di Melaka tetapi rancangan ditukar di saat akhir. Kami bergerak jam 1pagi dari putrajaya seramai empat orang... kami melalui kuala selangor.

Kami sampai di temapat yang telah dijanji pada jam 7 pagi tetapi tengahhari baru bot sampai.

tiada ikan yang gabak2 dinaikkan tetapi hanya ikan karangan sahaja. trip ini selama 2hari 1 malam.

Monday, 16 July 2012

Putrajaya – Cherating – Kemaman – Gambang – Tasik Bera - Putrajaya

14 Julai 2012(Sabtu). Disebabkan trip memancing dibatalkan kerana keadaan air kurang sesuai maka akupun membawa keluarga bersiar-siar. Dua cadangan telah dikemukakan. Cherating atau Pangkor. Isteriku memilih Cherating.
Selepas solat subuh kamipun bertolak ke Cherating melalui Karak dan LPT. Perjalanan yang penuh santai dengan avanza aku yang baru keluar dari bengkel. Kami menginap di Lis Na Ree, Sg. Ular. Disebabkan kami sampai masih awal lagi maka aku teruskan perjalanan ke Geliga, Kemaman. Kami makan tengahhari disana. Walaupun makan yang ringkas je tapi berselera. Anak-anak akupun makan dengan berseleranya.
Selesai makan kami terus ke tampat penginapan. Anak2 aku tidak sabar untuk mandi kolam di depan bilik penginapan. Selepas mandi kami tidur.
Petangnya kami pergi ke pantai Cherating. Kami mandi disana hingga lewat petang. Amat letih. Beli makanan dan makan didalam bilik penginapan jer.
Ahad. Kami mula berkemas, anak2 sambung mandi kolam. Jam 8.00 pagi anak2 naik dari kolam bersiap dan berkemas. Selesai berkemas kami pergi sarapan yang telah disediakan oleh pihak resort. Ringkas, nasi lemak dan bihun goreng. Selesai sarapan kami pergi mencari satar dan pais serta keropok untuk dibawa pulang. Agak awal bagi penjual disana. Kami hanya dapat satar sahaja. Perjalan diteruskan ke pusat konservasi penyu di Cherating. Anak2 aku teruja dengan penyu2 disana. Setelah selesai melihat penyu perjalan diteruskan ke Gambang. Taman Tema Air Gambang menjadi destinasi tetapi orang terlalu ramai maka kami membatalkan hasrat dan teruskan perjalanan ke Tasik Bera.
Di Tasik Bera, kami dapat menikmati suasana yang aman walaupun aku tidak memancing. Anak2 aku teruja melihat anak2 ikan di tepian tasik. Mereka seronok kerana bebas untuk menikmati alam disini.
Kami tidak dapat menjelajah tasik ini kerana ia dijadikan tempat kejohan kayak SUKMA 2012. Kami hanya melihat dari tepiannya sahaja. Kami akan datang semula untuk menikmati alam disini.
Kami meneruskan perjalan pulang ke Putrajaya melalui Kemayan dan terus ke Hulu Langat. Ia agak jauh tapi penuh dengan keindahan alam. Kami makan malam di BBBangi sebelum pulang ke Putrajaya.

Monday, 25 June 2012

Trip memburu kelah di Pahang

Kelah seperti yang diketahui oleh pemancing, ikan yang sukar untuk dipancing. Ikan ini menjadi buruan pemancing ikan air tawar. Kesusahan untuk memancingnya menjadikan kemahuan dan keinginan pemancing lagi tinggi untuk memancingnya.
Pada 23 Jun 2012, satu trip memancing kelah telah dirancang. Rancangan ini telah lama dilakukan tetapi masih tidak dapat dilakukan kerana keadaan air dan masa boatman. Akhirnya pada 23 Jun trip ini dapat dilaksanakan.
Kami bergerak pada jam 0100. Ros telah mengambil aku dan terus ke P16 untuk mengambil lagi 2 orang pemancing. Trip ini diikuti oleh 8 orang pemancing tetapi seorang telah tarik diri kerana hal peribadi. Setelah semua ahli telah cukup kami terus bergerak ke lokasi.
Jam 0430 kami telah sampai ke lokasi. Kami berehat di jeti. Jam 0830 kedai kopi ditepi jeti tidak dibuka dan kami mengambil keputusan untuk keluar ke pekan berdekatan untuk sarapan pagi. Selepas sarapan kami gerak semula ke jeti. Boatman juga telah sampai.
Jam 0930 kami gerak ke lokasi memancing. Perjalanan ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami mencuba nasib sepanjang perjalanan kami ke lokasi. Seperti yang diketahui, tempat memancing kelah amat jauh ke dalam hutan. Sungainya juga mencabar. Terpaksa turun menolak bot beberapa kali kerana melalui kawasan yang cetek. Setiap bot dinaiki oleh 6 orang termasuk boatman dan pembantunya.
Jam 1330 kami sampai ke lokasi. Kami menyiapkan kawasan perkhemahan, makanan dan senjata yang dibawa. Selepas mengalas perut, kami meneruskan tujuan utama kami. Kami menjelajah ke seluruh kawasan hulu sungai yang menjadi lokasi yang dikatakan lubuk sang kelah ini. Hasilnya hanya seekor kelah dan sebarau sahaja. Kamipun pulang ke kawasam khemah kerana hari sudah senja. Kami menyediakan makan malam dengan masak asam kelah dan sebarau serta sayur pucuk paku yang dicari di hutan berhampiran.
Selepas solat maghrib dan makan malam kami meneruskan pancingan dasar pula. Kami hanya berjaya menaikkan seekor udang galah. Boatman pula pergi memburu di kawasan hutan berdekatan. Jam 0030 kami semua dah tidur. Malamnya amat sejuk dan nyaman. aku sedar pada jam 0602 untuk solat tetapi subuh yang amat gelap. Aku lelap semula hingga jam 0700. Aku bangun dan solat. Kami mulakan operasi memburu kelah. Kami berjaya dapat 4 kelah, 4 lampan serta 3 ekor pelbagai(juar, tengalan dsbg.)
Jam 1130 kami balik ke kawasan khemah untuk makan. Banyak makan pagi ini. Cucur bawang, maggi, roti… kami juga memasak untuk tengahhari… 3 ekor kelah dijadikan masak tempoyak, seekor goreng bersama 2 lampan. Selepas makan tengahhari kami berkemas dan bersihkan kawasan khemah. 1330 kami bertolak balik sambil mengilat ikan. Tiada hasil yang dapat. 2 insiden telah berlaku kepada bot yang aku naiki. Pertama bot kami tersasar ke tebing dan berlanggar kayu. Aku sempat tiarap kedalam bota tetapi boatman terpaksa terjun ke sungai. Aku cuba menyelamatkan bot tetapi daripada nak hentikan bot aku lajukan lagi bot tapi nasib menyebelahi kami. Perjalanan diteruskan sambil aku menikmati alam aku tertidur. Tiba-tiba rakan aku memanggil aku untuk memegang bot. bot hampir terbalik terlanggar batang kayu. Bot dimasuki air hingga barang-barang dalam bot semuanya basah. Kami berjaya tarik bot ke tepi. Air dibuang. Amat mendebarkan tetapi masih menarik dan menyeronokkan.
Perjalanan diteruskan dan sampai jeti pada jam 1630. Alhamdulillah kami semua selamat. 1730 kami gerak ke putrajaya dan selamat sampai.
Kami akan kembali.

Saturday, 16 June 2012

gua tempurung

Hari aku pergi meneroka gua tempurung. jam 7 pg aku n ez(anak saudara) bertolak ke kolej cybernatic... 7.30... org yg ditunggupun sampai... gerak ke gua tempurung sambil henti mkn d r&r rawang... dgn mengalas perut sebanyak  2 bungkus nasi lemak serta sebungkus kopi o aku meneruskan perjalanan ke gua tempurung... r&r sesak...
tiba di gua tempurung pada jam 10.... ramai peneroka telah sampai... kumpulan kami seramai 9 orang digabungkan dengan peneroka lain menjadikan kumpulan yang besar dan sukar dikawal iaitu seramai 49 orang semuanya... kami dapat bergerak masuk pada jam 10.30 pagi....

dengan berbekal headlamp, lampu suluh tambahan, air mineral sebanyak 750ml serta snek dan choc bar; aku dan kawan-kawan yang baru aku kenal meredah dunia kegelapan ini... gua bukanlah tempat yang aku suka... tapi aku tetap nak merasai pengalamannya...

bermacam-macam dapat dilihat didalam tu.... ia tidak terlalu mencabar tapi menyeronokkan.... main air sungguh2... jangan teragak-agak untuk membasahkan badan... jgn sesekali mnm air dlm gua ini... warnanya kalau dilihat diluar... mcm air longkang...

disatu kawasan untuk meluncur turun hampir seramai 200 orang disitu tunggu giliran untuk meluncur turun. disini kami terkandas hampir sejam... selepas kawasan ini, pergerakan kami menjadi lambat dengan orang yang ramai dan lorong yang sempit dan pada tempat yang tertentu kami terpaksa merangkak, meniarap dilaluan yang berair.
puas... selepas lima jam yg sepatutnya tiga jam setengah jer kami berjaya habis menorakai...

seperti yg dinyatakan sebelum ini... puas...

selepas membersihkan diri kami bergerak balik dan singgah tapah...
 teringin nak makan mee rebus tapi malangnya ia tutup... jadi kamipun makan di food court yang berdekatan... kami makan tengahhari pada jam 4.30 petang... pada mulanya kami nak pergi mandi di kuala woh tapi waktu dah agak lewat jadi kamipun pulang melalui jalan lama hingga umah di putrajaya...

jika siapa yang berminat bolehlah mencubanya tapi buat persiapan yg sepatutnya kerana jgn rosakkan keseronokkan dgn menyusahkan diri dan orang lain terutama rakan-rakan kita...

sila bawa:
-air minuman sekurang-kurangnya 750ml
-makanan, snek dan chocolate atau energy bar tapi tak perlu bawa nasi lemak dsbgnya
-headlamp dgn bateri baru, lampu tambahan serta bateri tambahan, amat penting kerana dalam gua amat gelap dan perjalan dalam kegelapan melebihi 2 jam... macam trip kami mencapai 5 jam, ramai yang telah kehabisan bateri, lampu masuk air... sebaiknya boleh dapatkan lampu jenis kalis air macam jenis eveready.
-beg kalis air kalau bolehlah untuk simpan semua barangan yang dibawa. jangan bawa beg yang besar
-pakaian yang sesuai, jgn terlalu besar serta berat seperti jeans dan pakaian dari kapas, sebaiknya seluar panjang dan baju lengan panjang yang diperbuat dari bahan macam baju jersi bola
-carilah sesuatu untuk perlindungan kepala, sekurang-kurangnya baseball cap kalau nak pakai safety helmet tu pun ok gak
-bawalah pakaian salin yang bersih untuk ditukar selepas keluar dari gua.

seperti yang dinyatakan diatas, persediaan amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan menyusahkan diri serta rakan-rakan. utamakan keselamatan dan patuhi arahan sebaiknya. untuk mendapatakan keseronokan, keselamatan harus diutamakan nanti seronok tak seberapa, masalah yang banyak.


Wednesday, 13 June 2012

Jenggo di Sg. Manggis

Satu komplot untuk mengail udang akan dilakukan pada Sabtu 9 Jun 2012.

Jumaat 8 Jun 2012 Jam 10.++ malam, aku, angah(anak kedua aku), mije dan poji pergi ke Bagan Lalang untuk mencari perumpun untuk dijadikan umpan ngail tetapi tiada maka kami teruskan perjalanan ke Lukut tetapi perumpun masih tidak dapat ditemui.

Sabtu 9 Jun 2012 Jam 01.30 aku sampai di rumah di Putrajaya... senjata belum disediakan... maka sebelum tidur senjata harus disediakan... setelah selesai segala persiapan akupun beradu... selepas solat subuh, poji datang ambil aku dan terus ke P9 untuk beli bekalan... satu2nya kedai makan yang buka awal pagi selain mamak di Putrajaya... aku beli 1 nasi kerabu berlaukkan ayam goreng dan telur asin, nasi dan ikan tongkol masak lemak serta nasi putih kosong... aku dipow 23 hinggit sebagai pelanggan pertama... hampeh sungguh...

Selesai membeli, pergi ambil mije dan teruskan perjalanan ke pangkalan wok di Sg. Manggis... kami telah mendapat berita bahawa sungai telah dituba... tapi gasaklah... pendayung ditangan, perahu diair... redah... setiap pelosok sungai diterokai tetapi hasilnya hanya 5 ekor jenggo bertaraf juvenil... sepitpun jernih jer...

Kami naik pada jam 5 petang... diberitahu bahawa air klorin telah dimasukkan ke sungai dalam proses pencucian tangki air di Bkt Changgang... tiada rezekilah tu... hangin tapi adat pengail... trip seterusnya... Sg. Timun, N9...

Tuesday, 12 June 2012

Candat sotong 2012

Ini adalah program candat kedua yang telah diadakan oleh KEPPS-Stats... walaupun aku bukan ahli tapi aku tetap nak ikut... aku seorang yang mabuk laut... makanlah ubat sekati sekalipun... mabuk tetap mabuk tapi aku tak pernah serik mancing di laut... muntah pun muntahlah...

rombongan kali ini lebih ramai dari yang lepas... bukan itu saja, perempuan juga menyertai rombongan ini...

ini adalah geng yang menyertai program ini...


gambar di pangkalan lkim marang sebelum bertolak ke laut... persiapan dah nampak ok tapi hasilnya belum lagi...


katanya baru pertama kali ke laut tapi dia steady jer... aku dah tak tahan...


acara wajib apabila ade trip luar daerah... menghabiskan duit.... walaupun hasil tangkapan tidaklah banyak sangat tapi pengalaman yang didapati amat menarik...


pengenalan

baru ingin mencuba alam blog ini... banyak aktiviti yang dikongsi bersama... terutama untuk tatapan keluarga dan aku... aku pun tak tau macam mane nak menjelajah untuk mencantikkan blog ini tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan sesuatu... hobi, keluarga dan kehidupan sekeliling....