Hari aku pergi meneroka gua tempurung. jam 7 pg aku n ez(anak saudara) bertolak ke kolej cybernatic... 7.30... org yg ditunggupun sampai... gerak ke gua tempurung sambil henti mkn d r&r rawang... dgn mengalas perut sebanyak 2 bungkus nasi lemak serta sebungkus kopi o aku meneruskan perjalanan ke gua tempurung... r&r sesak...
tiba di gua tempurung pada jam 10.... ramai peneroka telah sampai... kumpulan kami seramai 9 orang digabungkan dengan peneroka lain menjadikan kumpulan yang besar dan sukar dikawal iaitu seramai 49 orang semuanya... kami dapat bergerak masuk pada jam 10.30 pagi....
dengan berbekal headlamp, lampu suluh tambahan, air mineral sebanyak 750ml serta snek dan choc bar; aku dan kawan-kawan yang baru aku kenal meredah dunia kegelapan ini... gua bukanlah tempat yang aku suka... tapi aku tetap nak merasai pengalamannya...
bermacam-macam dapat dilihat didalam tu.... ia tidak terlalu mencabar tapi menyeronokkan.... main air sungguh2... jangan teragak-agak untuk membasahkan badan... jgn sesekali mnm air dlm gua ini... warnanya kalau dilihat diluar... mcm air longkang...
disatu kawasan untuk meluncur turun hampir seramai 200 orang disitu tunggu giliran untuk meluncur turun. disini kami terkandas hampir sejam... selepas kawasan ini, pergerakan kami menjadi lambat dengan orang yang ramai dan lorong yang sempit dan pada tempat yang tertentu kami terpaksa merangkak, meniarap dilaluan yang berair.
puas... selepas lima jam yg sepatutnya tiga jam setengah jer kami berjaya habis menorakai...
seperti yg dinyatakan sebelum ini... puas...
selepas membersihkan diri kami bergerak balik dan singgah tapah...
teringin nak makan mee rebus tapi malangnya ia tutup... jadi kamipun makan di food court yang berdekatan... kami makan tengahhari pada jam 4.30 petang... pada mulanya kami nak pergi mandi di kuala woh tapi waktu dah agak lewat jadi kamipun pulang melalui jalan lama hingga umah di putrajaya...
jika siapa yang berminat bolehlah mencubanya tapi buat persiapan yg sepatutnya kerana jgn rosakkan keseronokkan dgn menyusahkan diri dan orang lain terutama rakan-rakan kita...
sila bawa:
-air minuman sekurang-kurangnya 750ml
-makanan, snek dan chocolate atau energy bar tapi tak perlu bawa nasi lemak dsbgnya
-headlamp dgn bateri baru, lampu tambahan serta bateri tambahan, amat penting kerana dalam gua amat gelap dan perjalan dalam kegelapan melebihi 2 jam... macam trip kami mencapai 5 jam, ramai yang telah kehabisan bateri, lampu masuk air... sebaiknya boleh dapatkan lampu jenis kalis air macam jenis eveready.
-beg kalis air kalau bolehlah untuk simpan semua barangan yang dibawa. jangan bawa beg yang besar
-pakaian yang sesuai, jgn terlalu besar serta berat seperti jeans dan pakaian dari kapas, sebaiknya seluar panjang dan baju lengan panjang yang diperbuat dari bahan macam baju jersi bola
-carilah sesuatu untuk perlindungan kepala, sekurang-kurangnya baseball cap kalau nak pakai safety helmet tu pun ok gak
-bawalah pakaian salin yang bersih untuk ditukar selepas keluar dari gua.
seperti yang dinyatakan diatas, persediaan amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan menyusahkan diri serta rakan-rakan. utamakan keselamatan dan patuhi arahan sebaiknya. untuk mendapatakan keseronokan, keselamatan harus diutamakan nanti seronok tak seberapa, masalah yang banyak.
thank you!
ReplyDelete