14 Julai 2012(Sabtu). Disebabkan trip memancing dibatalkan kerana keadaan air kurang sesuai maka akupun membawa keluarga bersiar-siar. Dua cadangan telah dikemukakan. Cherating atau Pangkor. Isteriku memilih Cherating.
Selepas solat subuh kamipun bertolak ke Cherating melalui Karak dan LPT. Perjalanan yang penuh santai dengan avanza aku yang baru keluar dari bengkel. Kami menginap di Lis Na Ree, Sg. Ular. Disebabkan kami sampai masih awal lagi maka aku teruskan perjalanan ke Geliga, Kemaman. Kami makan tengahhari disana. Walaupun makan yang ringkas je tapi berselera. Anak-anak akupun makan dengan berseleranya.
Selesai makan kami terus ke tampat penginapan. Anak2 aku tidak sabar untuk mandi kolam di depan bilik penginapan. Selepas mandi kami tidur.
Petangnya kami pergi ke pantai Cherating. Kami mandi disana hingga lewat petang. Amat letih. Beli makanan dan makan didalam bilik penginapan jer.
Ahad. Kami mula berkemas, anak2 sambung mandi kolam. Jam 8.00 pagi anak2 naik dari kolam bersiap dan berkemas. Selesai berkemas kami pergi sarapan yang telah disediakan oleh pihak resort. Ringkas, nasi lemak dan bihun goreng. Selesai sarapan kami pergi mencari satar dan pais serta keropok untuk dibawa pulang. Agak awal bagi penjual disana. Kami hanya dapat satar sahaja. Perjalan diteruskan ke pusat konservasi penyu di Cherating. Anak2 aku teruja dengan penyu2 disana. Setelah selesai melihat penyu perjalan diteruskan ke Gambang. Taman Tema Air Gambang menjadi destinasi tetapi orang terlalu ramai maka kami membatalkan hasrat dan teruskan perjalanan ke Tasik Bera.
Di Tasik Bera, kami dapat menikmati suasana yang aman walaupun aku tidak memancing. Anak2 aku teruja melihat anak2 ikan di tepian tasik. Mereka seronok kerana bebas untuk menikmati alam disini.
Kami tidak dapat menjelajah tasik ini kerana ia dijadikan tempat kejohan kayak SUKMA 2012. Kami hanya melihat dari tepiannya sahaja. Kami akan datang semula untuk menikmati alam disini.
Kami meneruskan perjalan pulang ke Putrajaya melalui Kemayan dan terus ke Hulu Langat. Ia agak jauh tapi penuh dengan keindahan alam. Kami makan malam di BBBangi sebelum pulang ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment